NOVEMBER 2024

Sultan Brunei Sempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Regatta Sarawak 2024


KUCHING,  Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berangkat berkenan untuk mencemar duli menyempurnakan acara mempersembahkan hadiah kepada para pemenang. 

Turut hadir memeriahkan Regata Sarawak 2024 ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 

Perahu bidar Yayasan Sarawak iaitu Puteri Dang Balai melakar ‘hatrick’ gelaran Raja Sungai pada Regata Sarawak 2024 apabila menjuarai  kemuncak tersebut pada tahun ini dan  membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000 beserta piala manakala LANDAS Kasihnya Warisan akur dengan kedudukan kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 beserta piala. 

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pengayuh perahu bidar Udak apabila mereka muncul di kedudukan ketiga pada tahun ini. Kejayaan ini sekaligus membolehkan mereka membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 beserta piala. 

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee serta tetamu kenamaan yang lain.